Welcome to Garden's of Abaya and Niqab

A Little Story - Membeli sambil Beramal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya, Ummu Urwah ada sebuah cerita. Mungkin untuk berkongsi atau mengajak rakan-rakan Islam sama-sama meraikannya. Sudah sekian lama sudah tidak menulis terasa begitu kekok, bahasa juga seprti 'tidak mesra' tapi saya sebagai muslimah mahu berkongsi.

Ahad lepas, 10 Disember 2011, ada satu daurah yang dihadiri oleh Ust Lukman Ba'duh dari Indonesia sebagai pengisi utama yang bertajuk " Syarhus Sunnah'. Saya mengenali Ust Lukman Ba'duh ketika pertama kali menghadiri daurahnya di Johor dan kali ini dia dijemput sekali lagi di Gombak, Selangor. Apa keistimewaan Ust Lukman Ba'duh? Isinya yang berdalilkan Al-Quran dan hadith semata, sungguh tenang dan terpancar kefakihan pada kuliahnya.

Apabila saya dapat tahu mengenai program 10 Disember ni, saya sangat teruja untuk mengikutinya, niat sekali untuk bawa anak saya yang berumur 1tahun 3 bulan, Urwah. Tetapi rupa-rupanya, daurah ini hanya untuk lelaki sahaja.. Masalah yang ditimbulkan adalah tiada tempat dan kekuatan muslimah di Kuala Lumpur ini.
Saya jadi sedih seketika. Jadi daurah ini dibuat di Gombak ,mereka menyewa kondominium, dan terhad kepada lelaki sahaja.

Suami saya bagitahu ada seorang ikhwah dan akhwat datang bawa anak kecil dari Perak tapi akhwat tersebut hanya menumpang dirumah rakannya. Begitu sayang perjalanan mereka yang begitu jauh menaiki bas tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana akhwat tidak berpeluang mengikuti daurah tersebut.

Jadi masalah utamanya adalah tempat. Saya berfikir tentang rumah saya. Ya,alhamdulillah rumah saya 2 tingkat, seperti rumah kedai atas dan bawah, dan suami pernah menjemput mereka untuk buat kuliah dibahagian bawah rumah kami.

Cuma masalahnya adalah- fasiliti yang tidak lengkap, bilik air yang rosak , kipas tidak cukup serta peralatan lain untuk kuliah.

Selain bahagian bawah ini saya jadikan ruang niaga secara online, saya terniat juga agar ia jadi lokasi pengisian agama, supaya si lelaki boleh ikut kuliah dibawah dan perempuan pula diatas. Saya rindukan kuliah/daurah seperti ini, sesuai untuk ibu-ibu yang bawa anak.

Bila difikir-fikir, ada hikmahnya, saya niatkan bahagian bawah dibuat kelas mengaji dan pengajian tuisyen, dan juga lokasi daurah. Dan segala hasil-hasil perniagaan akan lebih diberkati apabila digunakan ke arah agama.

Saya berbisnes, saya harap bisnes ini berkembang dengan baik, dan saya berniat sedikit jualan hasil bisnes ini digunakan untuk menyediakan kemudahan kuliah/daurah.

Peralatan yang diperlukan.
1. Speaker
2. Aircond
3.pembaikan dapur dan bilik air
4. Meja/kerusi

Ini gambar asal bangunan kami -sekarang kami berdeket-dekat memperbaiki dengan mengecat dan memasang peralatan tanpa sebarang duit pinjaman.



Support kami dengan menyebarluaskan bisnes ini ya dan moga dimanfaatkan ke arah kebaikan. Barokallahufiikum.

Beli produk kami dan 5% akan disalurkan untuk pengurusan pembinaan ruang kuliah dan kelas agama.

Email:muhajirinsboutique@gmail.com
Ummu Urwah :013-6443932/0148619473

0 comments:

Post a Comment